8 April 2010 (Thursday)
The Star (Nation) M/S N34
By NELSON BENJAMIN
JOHOR BARU : Local business groups are pressing the state government for more programmes to recruit non-Malays into the state's civil service.
Johor Chinese Chambers of Commerce president Loh Liam Hiang said he was shocked that there were only 10 Chinese and 116 Indians in the 8,372-strong civil service.
“This is not healthy and political parties must bring this matter up to the Government,” he said.
He also hoped that the Government's promotion scheme could be improved “to ensure promotions are based on merit and not on who-you-know.”
Furthermore, he said job vacancies should be advertised in the vernacular newspapers.
Johor Indian Business Association president P. Sivakumar said low number of non-Malays is not in line with the Prime Minister's 1 Malaysia concept.
“Shortly after independence, there were about 40% Indians in the civil service. Now after all these years, it has come down to 1.39% and 0.12% for the Chinese in Johor,” he said.
He claimed that the problem was prevalent throughout the country.
Sivakumar commended Bank Negara for its recruitment policies and urged other government departments to emulate it.
“I went there recently to high-light some problems and you can see that this agency practises the 1 Malaysia concept with people from all races serving the public,” he said.
Sivakumar suggested that the Government introduce a quota system to ensure non-Malays were allocated jobs in the civil service.
He claimed that many Indians had applied to join the civil service only to be rejected.
“Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman should play a bigger role by personally monitoring the recruitment of non-Malays into the civil service,” he said, adding that there was an urgent need for more non-Malays in clerical and administrative positions.
The Star had earlier reported Bentayan assemblyman Gwee Tong Hiang's posting in his blog that there were only 10 Chinese and 116 Indians in the civil service in Johor.
The statistics was revealed by Abdul Ghani Othman in a written reply to Gwee.
The Star (Nation)
30 March 2010
by NELSON BENJAMIN
Johor Baru : The 8,372-strong state civil service has only 10 Chinese and 116 Indians, an assemblyman pointed out.
Bentayan assemblyman Gwee Tong Hiang said in terms of percentage, Indians and Chinese made up 1.39% and 0.12% respectively.
Gwee said the statistics were given to him in a written reply from Johor Mentri Besar Datuk abdul Ghani Othman.
Gwee, who posted the reply on his blog, had asked the Mentri Besar at the state assembly sitting on the percentage of non-Malays in the state civil service and the measures to recruit more non-Malays.
Abdul Ghani revealed that in 2007, only five Indians applied for jobs in the civil service, with only two being short-listed and appointed.
There were no Chinese applicants that year.
In 2008, there were seven Indian applicants. Only four were appointed. As for Chinese applicants, only five applied, two were short-listed and appointed.
Abdul Ghani said the Johor Public Services Commission had received many applications that were now in the vetting and interview stages.
He said the commission had also taken initiatives to encourage non-Malays to join the civil service with programmes initiated by the state's Economic Planning Unit and Jobstreet.com.
The commission was also taking steps to advertise vacancies in vernacular newspapers.
Gwee, when contracted, said he was shocked over the reply, adding that the numbers didi not reflect the Prime Minister's 1Malaysia concept.
“I find it hard to believe that non-Malays are not interested in government jobs as the salary and allowances are good,” he said.
SOALAN 20 (A30)
Perubahan petak meletak kenderaan berbentuk 30' mahupun telah dapat menambahkan tempat meletak kenderaan di Bandar Muar tetapi ia telah mengakibatkan jalan-jalan di bandar ini menjadi lebiih sempit dan seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas, apakah cadangan jangka panjang oleh pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut?
JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedudukan tempat letak kereta menyerong bukanlah perkara yang baru di kawasan Majlis Perbandaran Muar (MPM), di mana jalan-jalan yang terawal telah disediakan tempat letak kereta yang menyerong adalah di Jalan Ali dan Jalan Meriam.
Pada tahun 2009, MPM telah menilai semula kedudukan tempat letak kereta yang selari dengan premis dengan mengambil kira jumlah petak yang sedia ada dan keperluan semasa. Hasil daripada penilaian tersebut, beberapa jalan telah dikenal pasti sesuai bagi diubah daripada tempat letak kereta selari dengan premis kepada tempat letak kereta yang menyerong iaitu :
1. Jalan Maharani - di hadapan HSBC hingga ke persimpangan Jalan
Maharani/Bakri.
2. Jalan Sisi - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.
3. Jalan Sayang - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.
4. Jalan Haji Abu - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.
Dengan perubahan tersebut, jumlah petak kereta telah dapat ditambah kepada 50 petak dan kesesakan disebabkan “double parking” berjaya dikurangkan seterus memberi keselesaan kepada para pengguna.
Keputusan mengubah kedudukan tempat letak kereta dari selari kepada menyerong juga mengambil kira kelebaran jalan sedia ada dan didapati lebar jalan masih lagi fleksibel untuk laluan kenderaan berat dan lain-lain kenderaan di samping mengekalkan kedudukan dua lorong bagi setiap jalan yang terlibat.
Perubahan yang dibuat ini merupakan satu langkah jangka panjang bagi menangani isu kekurangan tempat letak kereta di bandar Muar yang sering kali menjadi isu kerana pembangunan semula di dalam kawasan bandar tidak dapat menyediakan jumlah tempat letak kereta yang mencukupi.
SOALAN 25 (A29)
Dalam rancangan jangka panjang bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal di Negeri Johor, Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa semua tapak pelupusan yang tidak yang digunakan oleh pihak Berkuasa Tempatan bagi melupuskan sisa pepejal di kawasan masing-masing akan ditutup secara berperingkat termasuklah tapak pelupusan di Bukit Bakri, Muar dan adakah rancangan tersebut telah dirancang mengikut jadual?
JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
Kerajaan amat serius dalam memastikan setiap isu mengenai tapak pelupusan sisa pepejal ditangani bagi memastikan ianya tidak memberi kesan lebih buruk terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.
Kerajaan pada masa ini sedang mengkaji beberapa cadangan bagi menutup beberapa tapak pelupusan yang telah mencapai tahap kapasiti maksimum. Bagaimanapun sebelum ianya ditutup, kita perlu juga mencari kaedah tapak pelupusan sisa pepejal yang mesra alam atau sekurang kurangnya kita perlu ada tapak yang sesuai bagi menampung janaan sampah yang kian meningkat setiap hari.
Bagaimanapun, penutupan tapak pelupusan yang dimaksudkan itu haruslah bersifat penutupan selamat iaiatu “safe closure”, di mana kementerian melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sedang dalam usaha untuk melakukan aktiviti penutupan ke atas beberapa tapak pelupusan di Negeri Johor yang termasuk dalam senarai 16 buah tapak pelupusan yang akan ditutup di seluruh Semenanjung Malaysia.
Di antara tapak pelupusan sampah di Negeri Johor yang sedang dilakukan penutupan selamat adalah :
1. T/Pelupusan Rimba Terjun, Pontian
2. T/Pelupusan Bt. 4, Kota Tinggi
3. T/Pelupusan Ladang C.E.P 1, Renggam
Untuk makluman, Tapak Pelupusan Ladang C.E.P 1, Renggam juga akan mengalami satu lagi proses menaik taraf, di mana proses pengambilan balik tanah seluas 20 ekar akan dilakukan bagi melanjutkan lagi tempoh hayat tapak pelupusan itu berikutan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) & Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) masih melupuskan sampah di tapak pelupusan tersebut.
Bagi penutupan tapak pelupusan di Bukit Bakri pula, kementerian perlu mengambil kira persediaan pembangunan tapak pelupusan sanitari di utara Negeri Johor, bagi menggantikan tapak pelupusan yang bukan sanitari (konvensional) secara berperingkat peringkat agar tidak berlaku krisis kutipan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Johor.
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Y.B. ADUN Senai, tapak pelupusan sampah di Saleng tidak lagi beroperasi kerana ianya telah ditutup sejak 10 tahun lalu. Tanah berhak milik ini seluas 26 ekar yang terdiri daripada 11 lot.
Cuaca panas dan musim kemarau yang berlaku sekarang menyebabkan rumput-rumput di kawasan tersebut kering dan mudah terbakar dan ianya dipercayai berpunca daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab dan serta akibat daripada pelepasan gas “metana”.
Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) juga telah mengambil tindakan berikut bagi memastikan masalah tersebut tidak berlarutan:
1. Mendapatkan khidmat Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk memadam tempat-tempat yang terbakar dari masa ke semasa.
2. Membina parit-parit kecil sedalam 2 kaki di atas tapak tersebut seterusnya mengalirkan air ke parit agar berlaku serapan air ke tapak tanah dan seterusnya memadamkan bara di dalam tapak tanah tersebut.
3. Menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran dan
pembuangan sampah di kawasan tersebut oleh individu yang tidak bertanggungjawab
dan;
4. Meletakkan papan tanda larangan membuang sampah dan melakukan pembakaran di kawasan tersebut.
SOALAN 40 (A27)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid, Muar telah menutup Kelas Peralihannya mulia tahun 2010, berapakah sekolah yang telah menutup Kelas Peralihan tahun ini dan berapakah lagi sekolah yang akan mengikut jejak langkah yang serupa pada tahun 2011 di Daerah Muar dan mengapakah kerajaan berhasrat membuat keputusan sebegini?
JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG
Untuk makluman pihak Ahli Yang Berhormat, bilangan murid kelas peralihan adalah seperti berikut :
SMK. Jalan Junid : 13 orang
SMK. Lenga : 5 orang
SMK. Bandar Maharani : 6 orang
Kelas-kelas peralihan ini sebenarnya tidak ditutup tetapi dipindahkan ke sekolah yang berhampiran seperti berikut :
SMK. Jalan Junid
- Murid lelaki ke SMK. Sri Muar
- Murid perempuan ke SMK. Convent
SMK Lenga ke SMK. Sultan Alaudin Riayat Shah
SMK Bandar Maharani
- 3 orang murid ke SMK. Tun Perak
- 3 orang murid ke SMK. Sungai Abong
Setelah perbincangan dibuat di antara pihak PPD dan Pengetua-Pengetua sekolah yang terlibat pada 13 Januari 2010 telah bersetuju untuk memindahkan murid berkenaan yang telah sedikit jumlahnya bagi tujuan penjimatan tenaga guru khususnya Bahasa Cina.
Walau bagaimanapun pada tahun 2011, kelas peralihan tetap diadakan bagi ketiga-tiga sekolah tersebut, namun bergantung kepada jumlah murid peralihan.
SOALAN 97 (A28)
Menteri Besar (pada 26-02-2010) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM650,000 kepada Sek Persendirian Chung Hwa Muar, SJK (C) Sing Hwa, Muar dan beberapa Persatuan Tiong Hua di Muar dan mengizinkan pembinaan Replika Tarian Singa di Bandar Muar, silakan senaraikan secara terperinci mengenai jumlah dan tujuan peruntukan tersebut satu per satu dan dimanakah akan dibinanya Replika Tarian Singa tersebut?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut :-
|
i) |
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam tahun 2010 bagi Gabungan Persatuan-persatuan Tiong Hwa Muar |
RM100,000.00 |
|
ii) |
Membina semula bilik-bilik darjah dan kantin sekolah di Chung Hwa High School, Jalan Junid, Muar |
RM200,000.00 |
|
iii) |
Membina satu blok banguna pentadbiran 4 tingkat di SRJK (C) Sing Hwa, Jalan Bakariah, 84000 Maur |
RM50,000.00 |
|
iv) |
Mengecat dan membaiki bangunan Persatuan Pengajian Pengajaran Taoisme Tiong Hwa Muar |
RM30,000.00 |
|
v) |
Membaiki bangunan persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Muar |
RM20,000.00 |
|
vi) |
Membina tandas, pagar serta mengetarkan jalan kecil – Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng |
RM50,000.00 |
|
vii |
Menampung kos pembinaan bangunan Persatuan Dewa Shien Tian Shang Ti, Muar |
RM100,000.00 |
|
viii |
Aktiviti-aktiviti Persatuan Penduduk Taman Sri Maharani Maur |
RM50,000.00 |
|
ix |
Arena latihan untuk Persatuan Ping Pong Negeri Johor |
RM50,000.00 |
Didalam majlis tersebut YAB Menteri Besar Johor juga telah bersetuju agar Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji lokasi yang sesuai untuk pembinaan replika Tarian Singa.
SOALAN 100 (A32)
Adakah cadangan mengenai Fasa 1 seluas 86.313 ekar Projek Pembangunan Persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar sudah dimulakan, syarikat manakah yang diamanahkan untuk projek tersebut dan berapakah kos perbelanjaan diperlukan untuk pembangunan projek tersebut?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar. Pada ketika ini cadangan untuk membangunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar di Tanjung Ketapang, Muar sedang diteliti dan dipertimbangkan dari sudut teknikal.
SOALAN B11
Bilakah kerajaan akan bercadang untuk memperbaiki tembok di tebing Sungai Muar iaitu di Hilir Parit Tiram sehingga ke belakang Asrama Doktor Pelatih Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, yang telah runtuh sekian lamanya dan hakisan yang berlarutan sudah tentu akan mendatangkan malapetaka kepada penduduk-penduduk yang tinggal berhampirannya?
JAWAPAN
Tebing Sungai Muar dari Kuala Parit Tiram sehingga ke belakang Asrama Doktor Pelatih Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, memang telah berlaku proses mendapan dan hakisan sejak dahulu lagi. Kawasan ini juga telah dibina tembok penahan tebing Sungai Muar sepanjang 400 meter sejak 60-an lagi untuk tujuan menahan serta mengatasi masalah hakisan dan mendapan tabing sungai dari berlaku di kawasan ini.
Pada masa ini sebahagian daripada tembok yang telah dibina telah mengalami sedikit pemendapan di mana temboknya telah turun sehingga 0.4 meter darip paras asal sejak beberapa tahun yang lalu. Siasatan jabatan juga mendapati keadaan tebing sungai juga telah mula stabil di mana pokok-pokok telah tumbuh serta membesar dan tembok sedia ada juga masih boleh berfungsi untuk menahan hakisan sungai. Bangunan kekal yang terdapat di sepanjang tebing sungai ini ialah Kuarters Kakitangan dan Pekerja Hospital, gereja, Kuarters Pengarah Hospital (tidak didiami) dan Asrama Doktor Pelatih Hospital di mana jaraknya dari tebing sungai adalah melebihi 30 meter. Pihak JPS juga telah membina jalan ladang di sepanjang tebing sungai ini bagi tujuan pemantauan dan kemudahan laluan.
Di dalam RMK-10 pihak Jabatan telah memohon untuk memprogramkan sebanyak RM5.0 juta bagi tujuan projek memperkukuh tebing Sungai Muar di dalam kawasan bandar daripada pihak kerajaan. Permohonan peruntukan ini juga melibatkan kawasan ini.
SOALAN B12
Berapakah jumlah orang Melayu, Cina dan India yang berada di bawah paras miskin tegar dan miskin yang telah didaftarkan di DUN Bentayan setakat kini dan sila senaraikan nama-nama dan alamat-alamat tempat tinggal mereka?
JAWAPAN
Berdasarkan kepada Pangkalan Data Nasional e-Kasih, sehingga Mac 2010 terdapat seramai 7 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di kalangan kaum Melayu dan 1 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di kalangan kaum Cina manakala hanya 1 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di kalangan kaum Melayu di DUN Bentayan.
Tiada Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Bentayan terdiri daripada kaum India bagi kategori miskin dan miskin tegar. Senarai nama-nama Ketua Isi Rumah (KIR) tersebut adalah seperti di bawah :-
Kategori Miskin
1. Aminah Binti Ahmad Melayu Miskin Bentayan
360121-01-5452
No. 44-7, Lorong Nangka, Jalan Bakariah, Muar
2. Burok Binti Rahmat Melayu Miskin Bentayan
351130-01-5476
No. 112-2, Jalan Bakariah, Muar
3. Noresah Binti Abdul Karim Melayu Miskin Bentayan
480617-10-5458
No. 142P, Jalan Pesta 3
Kampung Kenangan Tun Doktor Ismail 1
84000 Muar
4. Salmah Binti Abd Hamid Melayu Miskin Bentayan
410914-01-5324
No. 131, Jalan Murni 11
Taman Putera Murni
Jalan Salleh, 84000
Muar, Johor.
5. Seoma Binti Mohamed Taib Melayu Miskin Bentayan
380511-01-5544
No. 44-5, Jalan Bakariah, Muar
6. Tuminah Binti Yunos Melayu Miskin Bentayan
630824-01-5392
T/L MYP 202/3, Batu 5
Jalan Bakri, 84000 Muar
7. Zulkifli Bin Shamsudin Melayu Miskin Bentayan
870207-01-5525
No. 6-4, Jalan Sultan Ibrahim
Sungai Abong, 84000 Muar
8. Teo Chong Ing Cina Miskin Bentayan
581127-01-5452
68, Lorong Duku Off
Jalan Tengku Bendahara
Kg. Dato Sri Amar Diraja
84000 Muar
Kategori Miskin Tegar
1. Nurihan Bt Jermen Melayu Miskin Tegar Bentayan
681208-01-5866
RS 22, Jln Sg. Abong, Muar
SOALAN B13
Berapakah peruntukan perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan aktiviti yang telah dibelanjakan oleh Pejabat JPMM Bentayan, JPMM Maharani, JPMM Sungai Abong, JPMM Mengkibol, JPMM Senai dan JPMM Skudai untuk tahun 2008, 2009 dan 2010, sila berikan nama-nama persatuan dan tokong-tokong yang telah dan bakal menerima peruntukan tersebut secara terperinci?
JAWAPAN
JUMLAH PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENGURUSAN DAN AKTIVITI UNTUK JPMM BENTAYAN, SUNGAI ABONG, MENGKIBOL, SENAI DAN SKUDAI BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010
|
JPMM |
2008 |
2009 |
2010 |
|||
|
Pengurusan (RM) |
Aktiviti (RM) |
Pengurusan (RM) |
Aktiviti (RM) |
Pengurusan (RM) |
Aktiviti (RM) |
|
|
Bentayan |
30,000 |
50,000 |
30,000 |
50,000 |
Belum dibelanjakan |
Belum dibelanjakan |
|
Sg. Abong |
30,000 |
50,000 |
30,000 |
50,000 |
Belum dibelanjakan |
Belum dibelanjakan |
|
Mengkibol |
30,000 |
50,000 |
30,000 |
50,000 |
Belum dibelanjakan |
Belum dibelanjakan |
|
Senai |
30,000 |
50,000 |
30,000 |
50,000 |
Belum dibelanjakan |
Belum dibelanjakan |
|
Skudai |
Tiada |
Tiada |
Tiada |
Tiada |
Tiada |
Tiada |
Tiada tokong-tokong dan persatuan-persatuan yang menerima peruntukan tersebut.
SOALAN B14
Berapakah peratus kakitangan Kerajaan Negeri Johor mengikut kaum setakat kini dan bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan pengambilan lebih kakitangan bukan Bumiputera untuk bekerja di sektor awam di Negeri Johor?
JAWAPAN
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor sentiasa komited dalam memilih calon-calon yang berkualiti untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor bagi memastikan Kakitangan Awam Negeri Johor yang berintegriti dan berkualiti.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan kaum bukan Melayu untuk berkhidmat dengan Sektor Awam, antaranya Johor dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Jobstreet.Com telah mengadakan Program Pengisian Jawatan Sektor Awam Kerajaan Negeri Johor di Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah menerima banyak Permohonan dari pelbagai kaum yang masih dalam proses tapisan dan temu duga. Perlu dimaklumkan di sini hanya permohonan yang layak mengikut Skim Perkhidmatan yang dipohon sahaja yang akan diproses dan dipanggil untuk temu duga.
Selain itu, Suruhanjaya ini juga akan mengambil langkah untuk menyiarkan iklan kekosongan jawatan dalam akhbar berbahasa Cina dan Tamil seperti contoh Sin Chew Daily dan Tamil Nesan. Inisiatif ini akan memberi lebih ruang dan peluang kepada calon-calon bukan bumiputera untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor.
Jadual di bawah adalah statistik permohonan bukan Bumiputera yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada Tahun 2007 dan 2008.
|
|
Tahun 2007 |
Tahun 2008 |
||||
|
India |
Cina |
Lain-Lain |
India |
Cina |
Lain-Lain |
|
|
Mohon |
5 |
- |
- |
7 |
5 |
- |
|
Layak |
2 |
- |
- |
4 |
2 |
- |
|
Lantik |
2 |
- |
- |
4 |
2 |
- |
Jadual di bawah adalah bilangan dan peratusan Kakitangan Awam yang sedang berkhimat dalam Kerajaan Negeri Johor sehingga kini.
|
KAUM |
BILANGAN |
PERATUSAN |
|
Melayu |
8,244 |
98.47% |
|
Cina |
10 |
0.12% |
|
India |
116 |
1.39% |
|
Lain-lain |
2 |
0.02% |
|
JUMLAH |
8,372 |
100% |
SOALAN B15
Bilakah pihak Majlis Perbandaran Muar akan memperbaiki besi pagar dinding yang telah berkarat di Pasar Borong Ikan, Pasar Besar Maharani, Muar memandangkan bahawa apabila ditiup angin pula ia akan bergoyong dan mungkin yang mendatangkan malapetaka kepada para pemborong, peniaga dan orang awam yang menjalankan urus niaga di kawasan pasar tersebut?
JAWAPAN
Maklum balas akan dikemukakan terus kepada Yang Berhormat oleh SUKL Kerajaan Tempatan.

Menurut MB Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman, kadar kes jenayah di Bandar Muar berada di keadaan yang rendah dan terkawal. Sehingga ke bulan Oktober 2009, kawasan ini telah berlaku 1196 buah kes jenayah, berbanding dengan kadar kes sebanyak 1287 kes yang berlaku pada tahun lepas, iaitu menurun sebanyak 7.07%. Menjelang akhir bulan Oktober ini, Bandar Muar hanya berlaku 803 kes jenayah, berbanding dengan tahun lepas iaitu 880 kes, iaitu menurun sebanyak 77 kes (8.75%).
Menurut beliau lagi, Ketua Polis Daerah Muar telah mengambil beberapa langkah untuk mencapai tujuan mengurangkan berlakunya kes jenayah, iaitu termasuk mengarahkan Balai Polis Bergerak meronda di sekitar kawasan bandar dan menambahkan kali rondaan kereta ronda, memastikan anggota polis menjalankan tugas di tempat tersebut.
Semasa menjawab soalan ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan Balai Polis Bergerak, Menteri Besar Negeri Johor berkata Balai Polis Bergerak Jenis Van memerlukan perbelanjaan diantara RM26 juta hingga RM28 juta (termasuk perbelanjaan 3 orang anggota polis); manakala Balai Polis Bergerak Jenis Bas Mini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM30 juta hingga 34 juta (termasuk perbelanjaan 5 orang anggota polis).
:: Next >>