02/05/12

Permalink 12:27:56 am, Categories: Am

Pagoh-4Hb.Feb.

Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Daripada:

YB. Tahir Ta'at.

 

 

 

02/04/12

Permalink 10:46:58 am, Categories: Am

 

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 JANUARI 2012

 

29 JANUARI 2012
BOLEH BUAT RAYUAN
Oleh LUQMAN HAZIQ dan ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin ditemani isterinya, Noorainee Abdul Rahman menyampaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada Tan Beng Hwat @ Tan Bak San di Balai Serba Guna Lenga, Pagoh, Johor, semalam.


LEDANG 28 Jan. - Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonan mereka walaupun layak, dibenarkan membuat rayuan atau memohon semula.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka yang tidak berpuas hati boleh berjumpa pegawai daerah atau pemimpin setempat bagi mengemukakan permohonan semula.
"Bagi yang ditolak permohonan tersebut ada sebab-sebab tertentu, mungkin mereka tidak memahami syarat kelayakan atau pun borang maklumat tidak lengkap.
"Kalau ada yang tidak puas hati boleh jumpa pegawai daerah atau pemimpin tempatan, mereka boleh bantu buat rayuan dan akan dipertimbangkan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Orang Ramai di rumah pegawai khasnya, Lim Pey Heng di Kampung Kebun Baru di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka yang layak tetapi belum memohon BR1M diminta berbuat demikian sebelum tarikh tutup pada bulan depan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diharap mempercepatkan proses permohonan itu.
Menurut beliau, bagi pemohon yang menghantar borang BR1M melepasi tarikh tutup, kerajaan sedia menimbang permohonan itu sekiranya memenuhi syarat atau menyatakan alasan munasabah berbuat demikian.
Terdahulu, beliau menyampaikan baucar BR1M kepada kira-kira 100 penerima dari zon Bukit Kepong dan Lenga di Balai Serba Guna Lenga dekat sini.
Muhyiddin berkata, kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menikmati BR1M dan penerima perlu berterima kasih serta bersyukur dengan keprihatinan kerajaan meringankan bebanan hidup rakyat.
Pada satu majlis lain, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan geran hak milik tanah kepada 118 peserta Felcra Paya Kepar dan merasmikan Balai Raya Kampung Kechik, Bukit Kepong dekat sini.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berharap tanah berkenaan akan terus diusahakan seperti sebelum ini dengan kerjasama Felcra melalui kaedah pertanian moden yang mampu menjana pendapatan tinggi.
"Harap skim pembangunan tanah sebelum ini dapat diuruskan Felcra kerana kalau tidak, akan ada tanah terbiar. Kalau masih dengan Felcra, kita boleh bantu bina tali air, beri benih ikan dan sebagainya," katanya.
Mengenai permintaan peserta tersebut supaya menaikkan elaun sara hidup kepada RM800 sebulan daripada RM240 sekarang sementara fasa penanaman semula mengeluarkan hasil, beliau berkata, Felcra sedia menimbangkannya.
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 29 JANUARI 2012

YB. Tn. Hj. Tahir Bin Mohd Ta'at ADUN Bukit Serampang merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh bersama ADUN Jorak mengiringi Timbalan Perdana Menteri dalam majlis tersebut.

Majlis Perasmian Gelangan Futsal Di Kebun baru.

Majlis Puteri UMNO di Sri Jaya.

 

 

01/23/12

Permalink 11:56:56 pm, Categories: Am

Khamis 19, Januari 2012

Pagoh-

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2012 kepada mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini. Semoga kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

Ikhlas daripada
Tahir Ta'at & Keluarga

 

Permalink 10:55:16 pm, Categories: Am

Dipetik dari BERNAMA

Sabtu Januari 7, 2012
Muhyiddin Saran GLC Bantu Tingkatkan Pendapatan Rakyat Dan Pencapaian Pelajar
PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tidak hanya memberi perhatian kepada bantuan kebajikan tetapi juga meliputi usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan pencapaian akademik pelajar.
Timbalan Perdana Menteri yakin matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar luar bandar dapat dicapai dengan adanya sokongan yang lebih daripada syarikat-syarikat korporat.
"Dengan penglibatan badan-badan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti hari ini maka ianya akan dapat membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan pelajar kita di luar bandar," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap melancarkan projek Baiti Jannati TNB peringkat kebangsaan di Kampung Renchong, di sini, hari ini. Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Beliau berkata usaha kerajaan untuk merapatkan jurang perbezaan antara kumpulan sekolah-sekolah kebangsaan kategori band enam dan band tujuh kepada kategori band empat dan lima dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu telah mencapai kejayaan luar biasa.
"49 peratus daripada beberapa ratus buah sekolah dalam kategori band enam dan tujuh telah dapat ditingkatkan kepada band empat dan lima dalam peperiksaan UPSR dan PMR," katanya.
Beliau yakin dengan sokongan syarikat-syarikat korporat, usaha mengurangkan jurang perbezaan tersebut akan dapat dicapai.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata usaha kerajaan untuk mengatasi masalah miskin tegar telah hampir mencapai matlamat dan hanya tiga hingga empat peratus sahaja lagi penduduk yang masih dikategorikan miskin relatif.
Kejayaan itu, katanya adalah hasil daripada langkah kerajaan mengenal pasti golongan berkenaan secara terancang yang tidak dapat dilakukan oleh sesetengah negara lain di dunia. - BERNAMA

YB. Tn. Hj. Tahir Bin Mohd Ta'at ADUN Bukit Serampang dan ADUN Jorak turut mengiringi Tan Sri Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri pada majlis tersebut.

 

 

12/21/11

Permalink 08:16:47 pm, Categories: Am

Muar, 18 Dis 2011 - Yang Berhormat Tuan Haji Tahir Bin Mohd. Ta'at, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Pagoh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Bukit Serampang telah menyempurnakan Program Hari Keluarga dan Sukaneka anjuran Wanita MIC Bahagian Pagoh di Padang SK Sri Bukit Pasir, Bukit Pasir, Muar, Johor. Turut hadir Yang Berhormat Senator Hajah Noriah Binti Mahat, Ahli Dewan Negara Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Wanita Barisan Nasional Bahagian Pagoh. Program yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 2.30 petang.

 

 

:: Next >>

YB.Tn. Hj. Tahir Bin Mohd. Ta'at ADUN Kawasan Bukit Serampang Pusat Khidmat Wakil Rakyat, DUN Bukit Serampang,Pekan Kundang Ulu, 84710 Ledang,JOHOR. TEL : 06-9728705 FAKS : 06-9728705 adunbukitserampang@yahoo.com

Salam Mesra dan Salam Penuh Hormat.. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ADUN Bukit Serampang ini. Dengan kecanggihan teknologi dan media sebaran maklumat pada masa kini, blog merupakan satu medium yang dirasakan sangat efektif dalam penyebaran maklumat dan kita sungguh beruntung kerana Kerajaan negeri telah banyak beusaha untuk melengkapkan infrastruktur pembangunan IT yang membolehkan rakyat berinteraksi secara langsung dengan wakil rakyat yang mereka pilih menerusi teknologi ICT ini dalam proses mencerna pembangunan sesuatu kawasan. Di harapkan para pelayar di laman web ini akan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang telah disediakan ini untuk membantu saya dalam memberikan pandangan, kritikan serta cadangan dalam kita membentuk dan membangunkan kawasan Dun Bukit Serampang. .

Marquee

SEMBANG-SEMBANG


ShoutMix chat widget

February 2012
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 << <   > >>
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29      



Website counter
powered by b2evolution free blog software