Keratan Akhbar | Langkah awal atasi banjir kilat
December 28th, 2011Pembinaan parit sepanjang 500 meter di Bukit Siput usaha selesai masalah
BUKIT SIPUT - Projek pembinaan parit sepanjang 500 meter sepanjang laluan sistem air utama sekitar taman ini akan mula dijalankan sebagai langkah awal bagi mengatasi masalah banjir kilat.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di laluan utama Bukit Siput sehingga menyebabkan beberapa perumahan dinaiki air seperti banjir besar pada akhir Januari, lalu.

Menurutnya, projek ini dianggarkan bakal dibina dalam jangka masa selama 48 minggu dengan kos RM1 juta peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dipohon oleh Adun melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah dan negeri.
"Ini adalah salah satu inisiatif yang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir kilat berpunca daripada air dari Bandar Putra, kawasan perindustrian dan Segamat Baru yang menambahkan air sedia ada di saliran Bukit Siput ini.
"Sebelum ini saliran yang sedia ada sudah menampung air dari Taman Cempaka dan Taman Kurnia yang tidak dapat dialirkan keluar ke kawasan yang lebih rendah lagi akibat ada halangan yang menganggu kelancaran air untuk terus keluar," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya telah meneliti setiap laluan air utama untuk disalurkan terus ke kawasan yang rendah serta tidak melibatkan laluan di kawasan perumahan penduduk demi keselamatan bersama.
Menurutnya, lawatan beliau pada beberapa bulan lalu, telah meneliti laluan air yang sewajarnya dibuat tanpa membabitkan perumahan taman memandangkan di Bukit Siput ini ada lebih lima taman yang dihuni oleh ratusan penduduk.
"Pihak kita berharap dengan selesainya projek pembinaan parit ini dapat menyelesaikan masalah banjir kilat sekali gus membantu mengurangkan sedikit risiko banjir teruk berulang seperti sebelum ini yang dinyatakan sehingga paras lutut," katanya.
Petikan Sinar Harian Edisi Johor | 26/12/2011 (Isnin)
Keratan Akhbar | Penduduk dinasihat waspada
December 28th, 2011Paras air mungkin akan naik tanpa disedari
KAMPUNG GENUANG INDIA - Penduduk sekitar Genuang India dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga dengan paras air yang semakin naik sepanjang hari untuk keselamatan bersama.
Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga jam 3 petang semalam belum ada penduduk kampung ini yang berpindah ke pusat pemindahan memandangkan rumah mereka masih selamat didiami sehingga kini.

Walau bagaimanapun katanya, sebuah keluarga di Kampung Melayu Raya sudah mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pagi semalam apabila rumah mereka dinaiki air. Manakala beberapa perumahan di kawasan sama berada dalam keadaan berjaga-jaga.
"Skuad Banjir di bawah Dun Kemelah buat pemantauan 24 jam bagi persekitaran yang mudah dinaiki air untuk memberi isyarat awal kepada penduduk supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum rumah mereka ditenggelami air.
"Sehingga kini mangsa banjir DUN Kemelah membabitkan lapan keluarga dengan tiga pusat pemindahan dibuka sehingga jam 4 petang semalam dengan jumla tertinggi mangsa di pusat pemindahan Pogoh seramai 35 orang," katanya.
Menurutnya, dari segi keperluan makanan tidak timbul masalah kepada mangsa banjir yang telah ditempatkan di pusat pemindahan dan semuanya cukup selain barang keperluan harian yang mereka bawa sendiri seperti bantal, selimut dan sebagainya.
Ayub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan air yang mungkin akan naik tanpa disedari contohnya ketika tidur dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.
"Pengalaman banjir awal tahun lalu kita lihat masih terdapat segelintir mangsa yang berdegil untuk keluar dan terus tinggal di rumah meskipun air telah naik.
"Dengan adanya Skuad Bencana ini kita harap hasil pemantauan yang kerap dilakukan mampu membantu penduduk di bawah Dun Kemelan menerima input terkini tentang paras air sebelum berpindah ke pusat pemindahan," katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau keadaan paras air di kampung berkenaan.
Petikan Sinar Harian Edisi Johor | 23/12/2011 (Jumaat)
Ceramah Perdana Isu-Isu Semasa DUN Kemelah 2011
December 15th, 2011JPMM DUN Kemelah dengan kerjasama JASA Johor, Felda Wilayah Segamat, Metrowealth Sdn. Bhd. dan Badan-Badan Komuniti Felda Redong Segamat akan mengadakan program Ceramah Perdana Isu-Isu Semasa Peringkat DUN Kemelah sebagaimana ketentuan berikut :-

Tarikh
17 Disember 2011 (Sabtu)
21 Muharam 1433H
Masa
8.00 malam
Tempat
Di Dewan Serbaguna Felda Redong 1, Segamat
Penceramah
Y.Bhg. Datuk Haji Ishak bin Ismail
(Ketua UMNO Bahagian Seremban)
Orang ramai dijemput hadir.
CONTOHI SEMANGAT MURTY
October 31st, 2011Kurang upaya bukan halangan untuk bekerja keras tanggung keluarga
KAMPUNG MELAYU RAYA - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang kehilangan empat jari akibat kemalangan di tempat kerja lebih 10 tahun lalu, antara yang menerima bantuan sempena Deepavali tahun ini.
S.Murty, 38, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang mengendalikan mesin di sebuah kilang, tempatnya bekerja waktu itu.
Menurutnya dia dihantar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di hospital sejurus kejadian, namun, empat jari tangan kirinya tidak dapat diselamatkan menyebabkan dia terpaksa menanggung kecacatan kekal seumur hidup dan yang tinggal hanya ibu jari.
" Sehingga kini saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak kejadian itu berlaku di bawah Skim Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM300 sebulan, selain turut menerima bantuan Socso sebanyak RM400.
" Meskipun begitu, kos kehidupan yang tinggi menyebabkan saya masih keluar bkerja untuk menampung isteri, anak dan ibu mertua dengan melakukan kerja kampung seperti memotong rumput dan bertukang,"katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Murty berkata sempena bantuan Deepavali yang diterimanya sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditangung selain dapat memeriahkan sambutan perayaan tahun ini.
Sementara itu, ADUN Kemelah, Datuk Ayub rahmat berkata, walaupun dikategorikan OKU, semangat bekerja yang ditunjukan Murty wajar dicontohi.
" Demi menampung kehidupan bersama keluarga, dia masih lagi bekerja keras dan kita akan berusaha membantunya dari segi pelatan yang sesuai membolehkan dia menerima pendapatan tambahan.
" Kita akan berjumpa dengannya untuk melihat kemahiran dan potensi yang oleh dilakukan untuk diusahakan peluang bantuan melalui jabatan atau agensi yang sesuai seperti peralatan kerja bagi memudahkan mencari rezeki tanpa memerlukan pinjaman peralatan," katanya.
SUB STESEN DI KAWASAN TINGGI
October 31st, 2011SEGAMAT - Pelbagai inisiatif diambil bagi mengelakan risiko sekiranya banjir besar berulang lagi sekitar daerah ini demi kemudahan dan keselamatan penduduk terlibat.
ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, pengalaman menghadapi banjir seperti awal tahun lalu, menyebabkan pihak bukan sahaja mengambil kira tentang keselamatan penduduk malah berikhtiar menyelesaikan masalah dari segi tenaga elektri.
Menurutnya terdapat empat sub stesen yang terlibat dengan banjir di DUN Kemelah melibatkan Kampung Genuang India, Pogoh 2, Paya Pulai dan Bukit Senggir yang mana semuanya adalah kawasan yang dikenal pasti kerab berlaku banjir.
"Atas perbincangan menyeluruh bersama wakil Tenaga Nasional berhad ( TNB ), kita mengambil kata putus untuk membina sub stesen ini di tempat yang lebih tinggi dan selamat sekiranya berlaku banjir besar lagi pada masa akan datang.
"Sub stesen ini akan membekalkan tenaga elektrik ke pada kawasan yang tidak terlibat dengan banjir selain kepada pusat pemindahan banjir supaya perjalanan pengurusan dari segi peralatan yang menggunakan elektrik tidak terganggu sekali gus tidak terputus bekalan sewaktu banjir," katanya.
Menurutnya , sehingga kini pihak TNB melihat beberapa tempat yang sesuai untuk didirikan sub stesen ini di tiga kawasan lagi setelah satu sub stesen siap sepenuhnya seperti di Kampung Genuang India.
"Tempat yang telah dikenal pasti akan dumulakan proses pengambilan balik tanah di bawah hak milik TNB dengan kos sebuah sub stesen tidak melebihi RM200,00 untuk dibina di tempat yang tidak terlibat dengan banjir ", katanya.
Sebelum ini, mangsa banjir di sekitar Genuang India ini terpaksa tinggal di Sekolah Tamil Ladang segamat tetapi kini pihaknya sepakat seandainya banjir berulang untuk menempatkan mangsa dipusat pemindahan tanpa melibatkan sekolah.

