Seramai 41 Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sibu, Sarawak telah hadir ke Tanjong Piai...Ketua rombongan menyifatkan lawatan tersebut sebagai lawatan integrasi nasional dan perpaduan yang boleh mengeratkan silaturahim antara pelbagai latar belakang, etnik, dan agama yang terdapat di Malaysia. Mereka ternyata kagum dengan pembangunan dan kemajuan di Johor apabila di bawa melawat ke kawasan-kawasan tertentu. Antara kawasan yang dilawat selama lima hari tersebut adalah daerah Kota Tinggi, Johor Baharu, Pontian, dan Nusajaya.
Sehubungan itu, sebagai ahli dewan undangan kukup...Y.B DATOK MD. OTHMAN BIN YUSOF membuat sedikit majlis jamuan makan tengah hari sebagai satu jamuan ringan kepada KRT tersebut...Antara juadah yang disediakan adalah juadah masakan melayu johor seperti ulam kerabu, ikan masak asam pedas, ayam goreng berempah, nagka masak lemak dan juadah2 lain yang membuka selera...makanan ini diperkenalkan bertujuan untuk menunjukkan keenakan masakan tradisional johor kepada kaum bumi Sarawak yang semestinya belum pernah merasa masakan Johor.
Semoga lawatan yang dilakukan memberikan impak positif kepada perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. ![]()

YB Dato MOY beramah mesra bersama-sama AJK Bahagian dan Ketua-ketua cawangan selepas majllis perasmian berkelompok..
BENGKEL LAMAN BLOG RASMI DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR
Khamis-25/06/2009. Unit Sains Teknologo dan ICT Negeri Johor telah mengadakan satu bengkel Laman Blog Rasmi untuk Dewan Undangan Negeri Johor. Tanjong Piai telah menghantar 2 orang wakil bagi menjayakan Laman Blog sendiri.