Program Seminar Dan Motivasi SPM 2011 DUN Panti akan diadakan pada 29 & 30hb Oktober 2011 di Savana Hill, Ulu Tiram. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada calon yang akan menduduki peperikssan SPM mengenai teknik menjawab soalan. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memotivasikan diri sebagai persediaan sebelum menghadapi peperikasan.Seramai 220 peserta yang bakal mengikuti program tersebut yang terdiri daripada 5 buah sekolah menengah di dalam DUN Panti. Semoga program ini dapat memberi input kepada calon SPM

31hb Disember 2010- UMNO Bahagian Tenggara telah mengadakan Majlis Meraikan Pelajar Cemerlang UPSR 2010 pada 31hb Disember 2010 jam 3 petang bertempat di Balairaya Taman Kota Jaya. Seramai 158 orang pelajar dari sekolah rendah kawasan Tenggara (DUN Panti & DUN Pasir Raja) telah berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A... Pelajar tersebut menerima wang tunai sebanyak RM 50.00, sijil penghargaan dan beg sekolah.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Baderi Bin Haji Dasuki Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN Kawasan Panti.
:: Next >>