KULAIJAYA
Khamis 11 Februari 2010
Bersamaan 26 Safar 1431H
Sukan sekolah yang dianjurkan saban tahun bukan sahaja aktiviti wajib untuk pembangunan sahsiah pelajar di negara ini, malah ia medan terbaik untuk mencungkil bakat ahli sukan negara yang disegani dan bertaraf dunia pada masa depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, semua pihak termasuk guru dan ibu bapa perlu bersama-sama untuk merealisasikan hasrat kerajaan supaya lebih ramai ahli sukan bertaraf dunia mampu dilahirkan negara ini.
“Sukan sekolah penting dalam memupuk bakat-bakat terpendam pelajar supaya ia boleh dilentur dan dibentuk untuk menjadi ahli sukan bertaraf nasional malah dunia.
Ini adalah kerana pada peringkat akar umbi inilah pelajar seharusnya didedahkan dan mendapat peluang secukupnya bagi menunjukkan potensi dan bakat.
Pihak sekolah menerusi guru serta ibu bapa pula berperanan untuk mendorong dan memupuk bakat yang ada ini supaya ia tidak berhenti, dan potensi yang ada dicungkil sepenuhnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan pelajar disamping bersukan demi menjaga kesihatan juga diingatkan supaya menjaga dan mengamalkan pemankanan yang sihat.
Acara sukan yang bermula pukul 8 pagi itu dimulai dengan perarakan masuk pelajar mewakili semua rumah yang bertanding iaitu rumah Merbok (Merah), Bayan (Biru), Helang (Hijau) dan Kenari (Kuning) dengan diringi pasukan pengakap sekolah tersebut.
Lebih 70 ibu bapa dan keluarga pelajar hadir untuk memberi sokongan sekali gus memeriahkan acara sukan yang dipertandingkan.
Pertandingan diperingkat saringan hingga semi final telah dijalankan dua minggu lebih awal.
KAMPUNG SUNGAI BERANGAN
KOTA TINGGI, JOHOR
Jumaat 20 November 2009
Bersamaan34 Zulhijah 1430H
Seramai 11 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di balairaya Kampung Sungai Berangan, di sini, berikutan rumah mereka mulai dinaiki air ekoran hujan lebat yang turun sejak lima hari lalu.
Bagimanapun difahamkan masih terdapat sebahagian yang terlibat dengan bajir enggan berpindah walaupun kawasan rumah mereka mula dinaiki air kerana menganggap paras air akan surut dalam masa terdekat ini.
Kejadian banjir yang berlaku di kampung tersebut mendapat perhatian mandapat perrhatian pemimpin masyarakat kawasan berkenaan sebaik dimaklumkan penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada agensi berkaitan untuk menyalurkan bantuan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membantu mangsa banjir.
Walaupun ada antara mereka yang tidak mahu berpindah kerana keadaan tidak begitu membimbangkan dan khuatir barangan mereka dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Namun beliau menasihatkan supaya mangsa supaya berhati-hati dan tidak mengambil risiko serta bersiap sedia sekiranya keadaan menjadi semakin buruk, katanya lagi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
FELDA SUNGAI SIBOL
KULAIJAYA, JOHOR
Sabtu 21 November 2009
Bersamaan 4 Zulhijah 1430H
Lebih 1,300 hadirin pelbagai peringkat usia memenuhi ruang Dataran Felda Sungai Sibol, Kulaijaya dekat sini, bagi mengikuti ceramah dan penjelasan Gagasan 1Malaysia anjuran Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dun Panti dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Kota Tinggi, malam kelmarin.
Kehadiran tokoh veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Datuk Wira Abdul Aziz Tapa dan Pegawai Penerangan Khas Kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Nasir Safar cukup memberikan semangat dan pemahaman kepada hadirin mengenai pentingnya memahami dan menghayati sejarah perjuangan pemimpin terdahulu.
Pengerusi JPMM Dun Panti, Dato Baderi Dasuki berkata, Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah sesuatu untuk mencipta populariti sebaliknya ia adalah teras kewibawaan negara di persada dunia.
Katanya, gagasan 1Malaysia itu juga tidak harus disalah faham kerana ia tidak bermaksud untuk mengadaikan hak-hak dan ketetapan yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
"Segala yang telah ditetapkan (dalam perlembagaan), kekal dipertahankan, yang penting kita berganding bahu untuk bersama menyemai konsep dan budaya saling membina persefahaman demi mengukuhkan perpaduan sedia ada.
Gagasan 1Malaysia juga perlu disemai dalam diri setiap rakyat daripada peringkat awal demi mengukuhkan perpaduan di samping menjamin kehidupan harmoni yang berpanjangan, “katanya yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN Panti.
Justeru itu, demi mempertahankan perpaduan negara, ibu bapa juga perlu membina azam dan kesungguhan bagi generasi mendatang dalam mempertahankan keamanan dan kedamaian yang sedang dinikmati kini," ujarnya lagi.
Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba dan Ketua Kampung Felda Sungai Sibol, Hakim Abd Rahman.
------------------------------------------------------------------------------------
KAMPUNG SRI JAYA
KOTA TINGGI, JOHOR
Ahad 22 November 2009
Bersamaan 5 Zulhijah 1430H
Bagi mengupas gagasan 1Malaysia dari perspektif pemimpin dikalangan masyarakat dalam membantu pihak kerajaan mengkaji keperluan rakyat, Biro Penerangan & Latihan UMNO Bahagian Tenggara & Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) DUN Pasir Raja,mengadakan program Majlis Gagasan 1Malaysia & Pindaan Perlembagaan UMNO di Balai Raya, Kampung Sri Jaya, di sini, baru-baru ini.
Program yang mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Kota Tinggi itu, diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan pemimpin masyarakat berkaitan konsep 1Malaysia.
Ia juga bagi memberi peluang barisan kepimpinan UMNO Bahagian Tenggara mengenal pasti dan mengupas isu masyarakat dalam konteks sosioekonomi, budaya dan pendidikan rakyat, selain mengeratkan kerjasama di antara seluruh komuniti masyarakat.
Ceramah berkaitan 1Malaysia disampaikan oleh pegawai JASA Johor Bahru, Encik Borhanudin Md Tubin manakala ceramah , penjelasan dan dialog berkaitan Pindaan Perlembagaan UMNO dikendalikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap ADUN Pasir Raja, YB Datuk Dr Adham Baba.
“Kekuatan idea dan keintelektualan serta perpaduan pemimpin masyarakat adalah wadah kepada kejayaan dalam melestarikan gagasan 1Ma laysia.
“Kita juga berharap program ini membentuk semangat perpaduan kukuh dengan penerapan tujuh nilai dalam prog ram ini iaitu kesedaran, kesepaduan, kesungguhan, ke ikhlasan, kesabaran, ketabahan dan kesyukuran,” kata YB Datuk Dr Adham Baba.
--------------------------------------------------------------------------------------------
KAMPUNG BARU SUNGAI TELOR KOTA TINGGI, JOHOR Jumaat 27 November 2009 Bersamaan 10 Zulhijah 1430H
Penduduk Kampung Baru Sungai Telor, Kota Tinggi, di sini, meneruskan tradisi bergotong-royong sempena Program Qurban anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampong tersebut, sempena Hari Raya Aidiladha, hari ini. Bertempat di perkarangan Masjid Jamek Al-Kausar, Kampung Baru Sungai Telor program bermula sebaik selesai solat sunat Aidiladha. Program berkenaan dijalankan dengan mengorbankan tiga ekor lembu dan tiga ekor kambing serta seekor kambing untuk aqiqah membabitkan 25 orang peserta. Manakala, kerja –kerja penyembelihan, melapah, memotong tulang, menimbang dan mengagih daging korban semuanya dilakukan secara gotongroyong oleh penduduk kampung termasuk lelaki dan wanita pelbagai peringkat usia. Dijangkakan sebanyak 150 bungkus dapat dikumpul dan akan diagihkan kepada semua penduduk di kampung ini. Turut hadir dan bersama melakukan kerja-kerja pada hari tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba. -------------------------------------------------------------------------------------------------
FELDA PASIR RAJA KULAIJAYA Sabtu 28 November 2009 Bersamaan 11 Zulhijah 1430H Seramai lebih 250 petugas yang terdiri daripada ahli jawatankuasa peringkat bahagian dan cawangan UMNO Bahagian Tenggara terlibat menjayakan program Qurban Perdana yang diadakan di Kampung Felda Pasir Raja, Kulaijaya, di sini. Sebanyak 40 ekor lembu telah disembelih dan diserahkan kepada 49 pemimpin peringkat cawangan untuk diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang terpilih. “Walaupun jumlah lembu yang dikorbankan pada tahun ini berkurangan iaitu 40 ekor berbanding 50 ekor tahun sebelumnya namun saya berterima kasih kepada para dermawan yang menyumbangkan lembu-lembu untuk di Qurbankan. Beliau menambah, dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha yang paling penting ialah apabila seseorang itu dapat menghayati semangat pengorbanan sebagaimana dianjurkan oleh agama Islam. Turut diadakan majlis Tahlil dan bacaan doa selamat serta kenduri kampung pada hari tersebut. ------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Dato Baderi Dasuki yang ditemui di majlis tersebut berkata sudah menjadi kelaziman UMNO Bahagian Tenggara melaksanakan ibadah korban setiap kali menyambut hari raya Aidiladha.
Terima kasih kepada semua penyumbang semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal dan dimurahkan rezeki,” katanya.
“Pengorbanan sebenar kepada Allah SWT ialah apabila kita sanggup meletakkan kepentingan-Nya melebihi kepentingan-kepentingan yang lain,” katanya lagi.
FELDA BUKIT RAMUN KULAIJAYA Isnin 30 November 2009 Bersamaan 13 Zulhijah 1430H Seramai 548 generasi kedua di gugusan Felda Bukit Besar, Kulaijaya, di sini dikurniakan tapak rumah dengan keluasan tanah kira-kira 559.9 meter persegi setiap seorang. Mereka yang bertuah adalah daripada Felda Bukit Ramun (170), Felda Bukit Besar (67), Felda Pasir Raja (80) dan Felda Sungai Sayong (231). Penyampaian surat hakmilik tanak tapak rumah generasi kedua Felda itu di sampaikan oleh Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman. Majlis yang berlangsung di Dewanraya Kampung Felda Bukit Ramun cukup meriah dan penyerahan disaksikan lebih 1,500 hadirin yang terdiri daripada penerima dan penduduk masyarakat setempat serta ketua-ketua jabatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di situ. Turut mengiringi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato Ahmad Maslan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Bandar dan Wilayah, Kesenian Kebudayaan dan Warisan, Asiah Md Ariff dan Ketua UMNO Bahagian Tenggara merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Dato Baderi Dasuki dan ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba. Hadir sama Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim. Rata-rata generasi kedua (penerima) yang ditemui merasa cukup gembira dan bersyukur diatas keperihatinan kerajaan dalam membantu menyelesaikan penantian yang akhirnya menjadi kenyataan. Antara lain Dato Abdul Ghani dalam ucapannya berharap peneroka dan generasi kedua tidak sesekali mensia-siakan tanah kurniaan ini dengan menggadai atau menjualkannya kepada pihak lain. Bukan mudah untuk mendapat mendapatkannya kerana peluang yang datang hanya sekali, justeru pelihara dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin dan wariskan tanah ini kepada anak cucu, katanya lagi.
KOTA TINGGI
Khamis 17 September 2009
Bersamaan 27 Ramadhan 1430H
Tradisi mengacau kuih tradisional dodol secara bergotong-royong menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun wajar dikekalkan kerana juadah itu diwarisi sejak dari zaman nenek moyang kita lagi.
Memasak dodol secara beramai-ramai sudah menjadi aktiviti kemasyarakatan di setiap kampung apabila menjelang Aidilfitri dan tidak ketinggalan UMNO Bahagian Tenggara turut menganjurkan aktiviti tersebut dengan melibatkan masyarakat setempat tidak kira tua atau muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba berkata, program mengacau dodol dianggap satu aktiviti kemasyarakatan yang perlu dikekalkan bagi memastikan kuih tradisional itu tidak dilupakan.
Katanya, program seperti ini sebenarnya mempunyai makna yang besar dari segi hubungan sesama anggota masyarakat dan selok-belok membuat dodol.
“Cukup jelas, dodol bukan sahaja untuk dimakan malah melaluinya juga ia dapat mengeratkan silaturahim penduduk setempat.
Inilah masa sesuai untuk semua lapisan masyarakat berkumpul dan bekerjasama menghasilkan kuih tradisional kegemaran ramai tanpa mengira usia atau kedudukan. Diharap semangat bersatu padu yang terbina ini akan terus berkekalan”, tambahnya lagi.![]()
![]()
KOTA TINGGI
Ahad 13 September 2009
Bersamaan 23 Ramadhan 1430H
Sejajar dengan kehadiran bulan yang mulia itu, Program Semarak Ramadhan-Aidilfitri Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Daerah Kota Tinggi telah diadakan di Surau Al-Muttaqin, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, di sini.
Program dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Pasukan Perlindungan dan Kebajikan Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Kota Tinggi dan Jawatankuasa Surau Al-Muttaqin Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
Seramai 80 pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kota Tinggi dirai dan turut serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara pertandingan khas untuk pelatih PDK seperti bacaan al-Quran, tulisan khat, berzanji dan selawat serta suara azan.
Tujuan diadakan beberapa pertandingan tersebut adalah untuk mencungkil bakat serta melatih membina sahsiah diri kanak-kanak seterusnya membantu membina keyakinan diri agar lebih berketrampilan.
Hadirin turut diperdengarkan dengan ceramah tazkirah yang disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Sharidudin Anam Arshad sebelum penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang pertandingan yang telah diadakan.
Majlis turut dihadiri penduduk Taman Kota Jaya dan sekitar selain 73 Jawatankuasa PDK Daerah Kota Tinggi dan 31 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dirasmikan dan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba.
Adun Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba dalam ucapannya berkata, kesediaan pertubuhan bukan kerajaan NGO turut serta dalam penganjuran program seperti ini sekali gus membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada golongan kurang berkemampuan.
"Saya mengalu-alukan program ini dan berharap kerjasama dijalin ini mampu memudahkan urusan program pada masa depan.
Program seperti ini bukan saja mampu merapat dan mendekatkan ikatan ukhuwah tetapi pada masa sama beramal dengan membantu golongan kurang bernasib baik," katanya.
:: Next >>