
YB Lau Chin Hoon berbincang bersama JK Badan Kebajikan Sekolah Agama Kg Jawa sebelum memulakan majlis sambil menikmati kudapan pagi.

Tuan Haji Ibrahim Salleh, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Kg Jawa menyampaikan cenderahati kepada YB Lau Chin Hoon.
Segamat, 27 Jun – Guru dan ibu bapa digalakkan untuk membangunkan potensi yang ada pada diri pelajar dan anak – anak mereka secara menyeluruh, meliputi kesemua elemen kepelbagaian kecerdasan, sebagaimana yang disarankan oleh Prof. Dr. Howard Gardner, Profesor Pendidikan di Universiti Harvard.
‘Multiple intelligence’ yang merangkumi sembilan aspek seperti kecerdasan logical, bahasa, seni/ muzik, imaginasi, jasmani, interaksi antara orang, interaksi dalam diri dan naturalisasi adalah elemen yang seharusnya diiktiraf sebagai kebolehan, kepandaian atau keupayaan seseorang pelajar / individu.
Demikian ditekankan oleh YB Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis ketika berucap di Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sekolah Agama Kg Jawa dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah tersebut, baru – baru ini.
Pada majlis tersebut, Lau telah menyampaikan anugerah kepada para pelajar sekolah yang berjaya di dalam peperiksaan sekolah agama Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor. Turut hadir adalah Penyelia Sektor Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Agama Daerah Segamat, Ketua Kampung Sungai Segamat 1 dan Pengerusi Badan Kebajikan sekolah berkenaan. Kira – kira 150 orang ibu bapa telah hadir di majlis berkenaan.
YB Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama - sama Ketua Polis Johor, anggota - anggota polis dan JK Rakan Cop Kawasan Kg Abdullah. Turut sama adalah YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang (duduk, enam dari kiri) Segamat, 21 Jun

Program dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Rakan Cops Kawasan Kg Abdulah, JPMM DUN Pemanis, JASA DUN Pemanis dan akhbar Sin Chew.
YB Lau Chin Hoon, ADUN Kawasan Pemanis telah turut sama di dalam majlis dialog tersebut. Turut hadir adalah YB Datuk Haji Baharum bin Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.
Bagi pihak PDRM Johor, ia telah diketuai oleh YDH Dato’ Amer Awal, Ketua Polis Johor.
Seramai lebih 500 orang yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan orang awam telah menyertai majlis dialog tersebut. PDRM Johor juga telah mengadakan pameran dan demontrasi membenteras jenayah.