10/13/09

Permalink 01:13:22 pm, Categories: Am

 

Salam Persidangan Kepada semua yang mengambil bahagian...

 

Katakan

Kalau ada yang bertanya

Katakan, Melayu ini bukan Hang Jebat

yang derhaka kepada sumpah setia

mencalit maruah bangsa dan agama

sejarah kotor yang kabur

Hang Tuah yang dikonspirasikan

mengapa rakyat yang terkorban...

 

Kalau ada yang bertanya

katakan, Melayu ini bukan Hang Tuah

yang buta hatinya

tidak setajam keris Taming Sarinya

yang kelu bisu lidahnya

tidak setangkas selincah silat Melayunya

yang gelap mata fikirnya

kerana dimabukkan pujian menjulang

 

Kesetiaan yang mendukacitakan

menggadai maruah budi dan jasa

bangsanya

 

Katakan

aku ini anak melayu alaf baru

darah tumpah Melayu Jati

aku bukan Melayu ternakan sekandang

yang tidak bisa lagi mengenal diri

Katakan aku Melayu Jati

Membesar di halaman peribudi

ada maruah dan martabat diri

 

Latifah Mohd Sabli

Kuching

1 Julai 2000

 

Bingkisan YB...

Bulu pertama saya beli di persidangan.. Tanahku Ros Merah.. Latifah Mohd Sabli.. isi yang padat dan menyentuh jiwa kemelayuan..

Permalink 12:39:08 pm, Categories: Am

Salam Mesra.. Salam Perpaduan...

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Hari Raya turut sama Penganut Hindu merayakan Deepavali.. sama berkongsi rasa dan berkongsi suara satu Malaysia Yb turut mengadakan rumah terbuka sambutan Deepavali in advance bagi penganut Hindu dalam Dun Penawar.. Lebih kurang 50 orang yang hadir dan turut di raikan 3 ibu tunggal dalam Dun Penawar... Semangat satu Malaysia ini yang kita inginkan dalam Membina Negara Bangsa...

 

Bingkisan YB...

Salam Satu Malaysia dan Salam Perjuangan.....

10/12/09

Permalink 08:21:06 am, Categories: Am

Salam Perjuangan..

Seakan baru semalam terasa bahang kehangatan semasa kempen merayu undi di bagan pinang... Seakan baru semalam terasa pedihnya makian dan cacian parti pembangkang semasa ceramah mereka berhampiran dengan PD Marina.. Namun begitu kejayaan dan kemenangan ini menebus semua kepahitan yang di alami semasa di Bagan Pinang.. terasa semuanya Indah belaka.. Tahniah buat semua pihak yang terlibat dalam kempen Bagan Pinang 2009 ini. terutamanya mereka yang berada di Rumah UMNO Johor, semua rakan-rakan yang sanggup turun padang meninggalkan kawasan masing-masing untuk memperjuangakn kemenangan Barisan Nasional ini.. Sekalung Penghargaan dan terima kasih buat semua yang membantu proses kempen rumah ke rumah terutamanya Cikgu Esah ( Wanita UMNO Bagan Pinang), Puan Yati (Puteri UMNO Bagan Pinang), Ajis (Pemuda UMNO Johor), dan Saudari Ayu (Puteri UMNO Johor). Tahniah dan Terima Kasih..

 

Bingkisan YB....

Walaupun Kita menang sekali daripada 8 pertandingan namun apa yang penting adalah kualiti kemenangan dan bukan kuantiti kemenangan..

10/10/09

Permalink 11:55:37 pm, Categories: Am

 

 

5 hari berada di Telok Kemang memberikan satu suasana yang memberangsangkan buat jentera pilihanraya di Rumah Johor.. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua yang sama-sama berhempas pulas untuk memastikan kemenangan berada dalam genggaman Barisan Nasional... Hari ini setelah kita berusaha semaksimanya. keputusan terletak dalam tangan pengundi N31 Bagan Pinang... Semoga mereka mampu melihat yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kepalsuan dan momokan politik kosong semata..

Perjuangan masih belum selesai.. usai tugas dan tanggungjawab di Telok Kemang, YB meneruskan tugasan rasmi di N38 Penawar.. Bermula dengan  Majlis bersama Guru Agama dalam DUN Penawar jam 9 pagi di Sekolah Agama Bandar Mas dan majlis bersama Orang Asli Sungai Layau jam 11 pagi. Majlis meraikan Bakal Haji di Sungai Kapal jam 2 petang seterusnya Rumah Terbuka Aidilfitri di Ladang Siang dan menutup majlis adalah sambutan Deepavali bersama MIC di kediaman YB di Bandar Mas jam 8 malam..

 

Bingkisan daripada YB

Buat semua jentera pilihanraya N31 Bagan Pinang di Rumah Johor Khasnya.. Selamat meneruskan Perjuangan sehingga ke saat terakhir.. Semoga kejayaan milik kita.. InsyaAllah... Amin.... Sekalung penghargaan juga buat Kumpulan 8, Aji, Yati Puteri, Ayu Puteri, Hajah Natrah, dan cikgu Esah atas kerjasama yang diberikan.. Salam Perjuangan...

10/05/09

Permalink 06:36:19 am, Categories: Am

 

Mangsa Banjir sedang berkemas di Pusat Penempatan Surau Kg Baru Sungai Mas

YB Bersama Mangsa Banjir dan penduduk kampung

Tidak disangka, Dalam kemeriahan kita menyambut syawal, ada insan yang terpaksa bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberikan Allah. Hujan lebat yang turun pada hari sabtu  menyebabkan banjir kilat berlaku di Kg Baru Sungai Mas. 3 keluarga terlibat dengan bencana ini dan ke semua 15 orang ahli keluarga di pindahkan ke pusat penempatan sementara bagi mangsa banjir di Surau Kg Baru Sungai Mas. YB Hamimah bersama-sama mangsa banjir meninjau keadaan dan bantuan segera yang perlu disalurkan. Jutaan Terima Kasih kepada Ketua Kg En Abas kerana berjaya bertindak dengan pantas dan cekap dalam situasi ini. tidak lupa sekalung penghargaan kepada penduduk yang sama-sama membantu dan Anggota Polis yang menghulurkan bantuan. Jutaan terima kasih juga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang hadir walaupun agak lewat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

:: Next >>