08/17/09

Permalink 05:43:56 pm, Categories: Am
Permalink 05:43:13 pm, Categories: Am
Permalink 05:39:32 pm, Categories: Am

 



 


KOTA TINGGI 4 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain meminta pengusaha kolam ikan yang didakwa penduduk di sekitar Kampung Mawai menimbulkan bau busuk segera menangani masalah itu.


Sambil melahirkan perasaan kesal terhadap masalah itu, Rasman turun padang meninjau ke kawasan berkenaan dan dakwaan penduduk itu ada asasnya.


''Setiap hari penduduk terpaksa berdepan dengan bau hanyir yang meloyakan sehingga ia menjejaskan aktiviti harian mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.


Difahamkan, kawasan ternakan ikan itu tidak menyediakan sistem saliran kumbahan yang baik untuk menyalurkan air dan sisa bangkai ayam yang busuk ke tempat sewajarnya, sebaliknya hanya membiarkannya di atas tanah di situ.


Justeru, beliau meminta beberapa agensi berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) memantau lokasi itu.


Ekoran itu, kini pengusaha ternakan ikan berkenaan telah memulakan kerja-kerja menimbus kawasan berkenaan dan berharap ia dapat dilakukan secepat mungkin.


Dalam pada itu, Rasman mengesa pengusaha tersebut supaya menyediakan sistem saliran kumbahan baru lebih efisien selain menggunakan teknologi pengurusan berkesan (EM) untuk menangani masalah pencemaran bau busuk.


''Kami harap pencemaran bau yang mengganggu keselesaan penduduk dikawal dengan pengusaha lebih peka memulihara alam sekitar demi kesejahteraan kesihatan umum,'' katanya.


07/09/09

Permalink 10:47:45 am, Categories: Am



KOTA TINGGI 6 Julai - Amalan menziarahi rakan dan keluarga amat dituntut dan harus diteruskan kerana ia merupakan asas perpaduan dalam masyarakat khususnya umat Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berkata, amalan ziarah-menziarahi dapat memecahkan tembok yang menjadi penghalang kepada perpaduan serta memupuk perasaan prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

"Justeru, marilah sama-sama kita meneruskan amalan mulia ini kerana ia pastinya membawa seribu erti kepada kedua-dua pihak," katanya semasa menziarahi golongan warga emas sempena Program Apa Khabar Orang Kampung (AKOK) di Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi di sini baru-baru ini.

Seramai enam warga emas berusia antara 89 hingga 105 tahun menerima sumbangan dari pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rakan Muda Kota Tinggi.

Penerima berkenaan ialah Yang Mahmud, 89; Aminah Hussin, 90; Teh Mamat, 100; Tik Osman, 102' Wan Meriam Wan Omar, 104; dan Sulong Mahamad, 105.

"Bayangkan jika kita sudah berumur, tidak berdaya dan tinggal berseorangan, tentunya kita mengharapkan ada orang yang sudi melawat dan bertanya khabar, sekurang-kurangnya menjadi pengubat kesepian," kata Rasman.

Beliau turut berpuas hati dan berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pemimpin masyarakat yang banyak membantu tugasnya selama ini.

"Saya berharap semua pihak bekerjasama melaksanakan program ini kerana ia adalah satu amalan mulia," ujarnya.

06/25/09

Permalink 04:05:55 am, Categories: Am

 

LIGA SUKAN KOMUNITI

DUN SEDILI

2009

---------------------------------------------------------

TARIKH :

05 JULAI 2009 (AHAD)

TEMPAT :

PADANG AWAM KG. SINGAPURA, TG. SEDILI

SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN :

BOLA SEPAK 9 SEBELAH, SEPAK TAKRAW,

BOLA TAMPAR & BOLA JARING

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 JUN 2009

UNDIAN AKAN DIADAKAN PADA : 30 JUN 2009

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

AZLI (012-7927884)

RINA (019-7779924)

FADZLI (012-7513324)

 

:: Next >>