Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Johor yang Keduabelas pada 22-23 Jun 2008
disampaikan oleh Y.B. Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai.
Y.B. Dato' Speaker,
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Skudai ingin mengambil bahagian untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Penggal Kedua Dewan yang mulia ini kedua belas.
Skudai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Banginda Tuanku kerana sudi menyampaikan Titah Ucapan Baginda.
Y.B. Dato'Speaker,
Pendahuluan: Satu Malaysia, Satu Bangsa dan Satu Insan
Satu Malaysia merupakan gagasan yang baru-baru ini dicadangkan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri menggariskan lapan nilai sebagai teras Satu Malaysia: (1). Budaya Kecemerlangan; (2). Ketabahan; (3). Rendah Hati; (4). Penerimaan; (5). Kesetiaan: (6). Meritokrasi; (7). Integriti: (8). Pendidikan.
Kemudahan Awam dan Kualiti hidup: Rakyat didahulukan?- Memajukan infrastruktur dan malapetaka banjir.
Y.B. Dato' Speaker,
Maka rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan sepatutnya terdesak memajukan kemudahan awam secara berhemah dan bermanfaat kepada rakyat jelata. Kerajaan sewajarnya mengkaji semula cadangan pembinaan jambatan ketiga untuk menghubungkan Pengerang dengan Tanah merah di Singapura. Apabila penggunaan Linkedua belum dimaksimumkan, bagaimanakah suatu projek mega seperti jambatan ketiga diperlukan ?
Y.B. Dato' Speaker,
Penggunaan Linkedua tidak dapat dimaksimumkan adalah disebabkan bayaran tol yang terlalu mahal. Jumlah bayaran tol kereta ulang-alik di antara Johor Baru dan Singapura yang melalui Tambak Johor adalah RM 5.70, Lori RM 12. Jumlah bayaran toll ulang-alik melalui Linkedua adalah RM 22 bagi kereta, RM 100 bagi lori.
Y.B. Dato' Speaker,
Kedua, kekurangan tempat kemasukan ke lebuh raya juga mengurangkan penggunaan Linkedua. Contohnya, Kawasan Skudai dan Kangkar Pulai tidak ada sebarang tempat kemasukan ke lebuh raya@menuju ke Linkedua. Para Penduduk terpaksa memasuki lebuh raya menuju ke Linkedua di Taman Perling, Bukit Indah ataupun Gelang Patah. Tempat kemasukan lebuh raya diperlukan di kawasan perumahan yang rapat dengan penduduk adalah Kangkar Pulai dan Lima Kedai. @ Maka penggunaan Linkedua dapat dimaksimumkan jika bayaran tol lebih kurang sama dengan Tambak Johor dan tempat kemasukan dipertambah di kawasan-kawasan perumahan berhampiran.
Y.B. Dato' Speaker,
PAAB dan Bekalan Air
Jika rakyat diutamakan, kepentingan awam mesti ditegakkan. Aset bekalan air adalah satu-satunya aset dan kuasa Kerajaan Negeri. Maka aset bekalan air Johor di bawah SAJ Holdings Berhad dijual kepada Pengurusan Aset Air Berhad atau PAAB dengan harga RM 4 billion untuk menjelaskan liabiliti sejumlah RM 3 billion. Akibatnya rakyat Johor akan terpaksa membayar pajakan sejumlah RM 240 juta setahun selama 30 tahun.
Y.B. Dato' Speaker,
Jika Negeri Johor membuat pinjaman dari Kerajaan Persekutuan sejumlah RM 600 juta untuk menaik taraf bekalan air di Johor pada sepuluh tahun dahulu. Jika Kerajaan Negeri tidak mampu menjelaskan hutang RM 600 juta selama lebih dari 10 tahun, bagaimanakah Rakyat Johor berkemampuan membayar RM 240 juta setahun sebagai pajakan bekalan air dari PAAB selama 30 tahun? Ini membayangkan hak asasi rakyat Johbor tergadai disebabkan salah urus SAJ Holdings Berhad. Tarif air tentu akan dinaik berkali ganda untuk menjelaskan pajakan air yang begitu mahal..
Y.B. Dato' Speaker,
Oleh yang demikian, Skudai telah mengemukakan soalan berkenaan SAJ Holdings Berhad yang ditolak oleh pihak Urusan Dewan atas alasan isu berkenaan adalah gRahsiah. Soalan berkenaan adalah mempertanyakan yang berapa Gaji, bonus dan emolumen-emolumen Pengurus Besar, para Pengurus bahagian-bahagian Syarikat Air Johor Holdings Berhad dan dividen dan Yuran Pengarah dibayar kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah di antara tahun 2000 dan 2008 ? Skudai ingin membuat bantahan terhadap tindakan urusan Dewan yang mulia ini telah menolak soalan-soalan yang melibatkan kepentingan awam serta menjejaskan hak orang awam dan wakil-wakil rakyat mengetahui serta memeriksa ketulusan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.
Y. B. Speaker,
Memandangkan perjanjian di antara PAAB dan Negeri Johor, apabila rakyat diutamakan, ketulusan pentadbiran kerajaan sewajarnya disanjungi, oleh itu, Kerajaan Negeri sepatutnya menjawab soalan Skudai di Dewan ini dan secara terbuka sebelum Rakyat Johor menyedari hak untuk menikmati keperluan asasi seperti air telah tergadai dengan sia-sia.
YB Dato' Speaker,
Tindakan Kerajaan Negeri enggan menjawab soalan Skudai berkenaan gaji dan imbuhan peringkat pengurusan SAJ Holdings Berhad amat meragu-ragukan sama ada Kerajaan Negeri ingin menutup sebarang penyelewengan atau pun salah urus SAJ Holdings Berhad. Dewan yang mulia ini sepatutnya mempunyai hak untuk mengetahui sama ada pengurus-pengrus SAJ Holdings menikmati gaji dan imbuhan dalam lingkungan jutaan ringgit sehingga SAJ Holdings mengalami kerugian yang besar dan terpaksa menjual aset-aset kepada PAAB.
Y.B.Dato' Speaker,
SAJ Holdings Berhad sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai kepentingan awam sewajarnya dikehendaki berjawab kepada Dewan ini serta mengumumkan bukan sahaja ketuntungan atau kerugian secara umum, bahkan Kerajaan Negeri sewajarnya dikehendaki memaklumkan Dewan yang mulia ini berapakah pulangan setahun yang dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri. Begitu juga tentang Johor Corp, pulangan Johor Corp kepada Perbendaharaan Negeri mesti dimaklumkan kepada Dewan ini. Setahu Skudai Danga Bay Berhad juga berhutang pulangan kepada Perbendaharaan Negeri sebanyak RM 128 juta.
Y.B. Dato' Speaker,
Poliklinik Kerajaan
Jika rakyat didahulukan, kemudahan-kemudahan awam seumpama Poliklinik dan Klinik Kesihatan Kerajaan sepatunya diutamakan di kawasan perumahan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, di sebaliknya atas tapak poliklinik Taman Ungku Tun Aminah telah didirikan sebuah Stesyen Minyak walaupun Poliklinik TUTA terpaksa beroperasi di Rumah Kedai Dua Tingkat sehingga tapak baru ditetapkan. Tapak Poliklinik Pekan Nenas juga diubah syarat sebagai tapak komersil tanpa ambil kira kepentingan awam.
Y.B. Dato' Speaker,
Pensijilan Badan Pengrusan dan Elakkan Penyelewengan
Blok 55 hingga 61 Pangsapuri TUTA, Flet Taman Harmoni I dan II, Pangsapuri dan Apartment Taman Desa Skudai dan Flet Taman Jaya: di persekitaran Skudai belum mendapatkan pensijilan badan pengurusan dari PBT atau hak milik strata belum dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Hartanah bertingkat tersebut tidak dapat memungut yuran pengrusan dan tidak dapat menjelaskan cukai tanah, misalnya Flet Taman Jaya telah berhutang sejumlah RM21,000 sebab ketiadaan sijil pendaftaran badan pengrusan oleh PBT. Kerjasama di antara pelbagai pihak diperlukan untuk menjayakan pengurusan hartanah-hartanah bertingkat termasuk pengeluaran hak milik strata dan juga pensijilan Bandan Pengurusan oleh PBT.
Y.B. Dato; Spekaer,
Bekalan Elektrik
Rakyat didahulukan, budaya kecermelangan sepatutnya digalakkan. Bekalan elektrik dianggap sebagai keperluan asasi harian. Namun bekalan elektrik sering tergendala di kawsan Skudai khasnya Kawasan Bentara, Perwira, Nakhoda Taman Ungku Tun Aminah dan Kawasan Hang Jebat Taman Skudai baru pada purata dua, tiga kali sebulan pada tempoh 10 tahun yang lalu. Kejadian sedemikian telah mengakibatkan kesulitan kepada para penduduk dan peniaga. TNB setakat ini telah memberikan berbagai alasan tentang bekalan elektrik yang sering tergendala tanpa rancangan untuk meperbaiki keadaan ini.. Para Penduduk Taman Ungku Tun Aminah dan Taman Skudai baru mengharap-harapkan TNB akan merancangkan langkah-langkah untuk memperbaiki bekalan elektrik di kawsan Perumahan tersebut.
Y.B. Dato' Speaker,
Banjir Lumpur Kampung Poh Chee Leng
Kampung Poh Chee Leng sering dilanda banjir lumpur kilat disebabkan keruntuhan kolam takungan kelodak di kemTentera Skudai. Maslah berkenaan telah berterusan selama 10 tahun sehingga penduduk kampung Poh Chee Leng berpantun sebegitu: gCicit mati Genghis Khan susah hati,
Anak wira berkelana jauh dari Mongolia; Kementah dekat di mata jauh di hati, Anak Chee Leng terus menderita.h
Maka kerja reka bentuk untuk mengalihkan arus air lumpur semasa hujan dari Kem Tentera Skudai ke tempat-tempat lain sewajarnya dilakukan dengan kadar segera.
Y.B. dato Speaker,
Memandangkan Projek kem Tentera berkenaan telah terbengkalai hampir 10 tahun serta mendatangkan kacauganggu dan kesulitan kepada penduduk berhampiran, Kerajaan Negeri dimohon supaya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan tapak berkenaan diubah syarat untuk tujuan pembangunan sivil manakala tapak kem tentera dipindah ke tapak lain yang lebih bersesuaian.
Y.B Dato' Speaker,
Keselamatan Jalan Raya
Jika rakyat didahulukan, pencanpaian diuatmakan, nyawa pengguna jalan raya sepatutnya disayangi JKR dan PBT-PBT. Kematian pengguna jalan raya berlipat ganda di Jalan Batu Pahat-Keluang, Jalan Kempas Lama, Jaln Ponitian, Jalan Skidai yang berfungsi sebagai Lebuh raya tanpa kelengkapan keselamatan yang dikehendaki seumpamanya lampu isyarat, pembahagi jalan, jejantas dan lain-lain. Kebanyakan kematian pengguna jalan raya melebatkan penjalan kaki dan penunggan motorsikal. Oleh itu, lorong khas penngunggang motorsikal seperi diwujudkan di sebahagian Jalan Pontian dan lorong khas penjalan kaki dan jejantas dipertingkatkan di Jalan Raya tersebut di atas.
Projek Petrokimia di Mukim Serkat, Pontian
Jika Rakyat didahulukan, rezeki rakyat jalata sepatutnya dipelihara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, 66 sangkar penternakan ikan laut di Kukup menghasilkan pendapatan kasar sebanyak RM 3 billion setahun dan 2,000 pekerjaan secara langsung atau tidak langsung diwujudkan. Kukup juga dikunjungi 200,000 pelancong setiap tahun dan mendatangkan revenue yang lumayan melalui sektor eko-pelancongan. Kedua-dua industri perikanan dan eko-pelancongan amat bergantung kepada kualiti air laut di persekitaran Pekan Kukup dan hutan paya bakau yang menghasilkan mikro-organisme sebagai makanan ikan laut. Disebakan kemelesetan kualiti laut, hasil pendapatan perikanan di Kukup telah menurun sebanyak 20% berbanding dengan 10 tahun dahulu.
Y.B. Dato' Speaker,
Seramai 811 orang penduduk dari Kukup dan Mukim Serkat telah melakukan kempen bertandatangan dan membantah rancangan memusnahkan 913 hektar hutan paya bakau untuk membangunkan industri petrokimia. Menurut kajian saintis setiap hektar hutan paya bakau dan rumpai laut dapat menghasilkan kayu dan sumber perikanan sejumlah RM 860,000 setiap tahun. Namun adalah dianggarkan oleh saintis kerugian RM 1 billion setiap tahun akan dialami sektor perikanan di Kukup jika 913 hektar hutan paya bakau dan 30 hektar ditebang untuk tujuan indistri petrokimia di akwasan terbabit. Maka DEIA atau Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci sepatutnya disediakan untuk memperbaiki impak negatif atas alam sekitar.
Y.B. dato' Speaker,
PAC dan Projek Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone
Salah satu soalan dari Skudai yang pernah ditolak oleh Urusan Dewan atas sebab maklumat berkenaan adalah rahsia kerajaan adalah meminta senarai Ahli Dewan Negeri, Ahli Parlimen Exco Negeri, Menteri yang pernah dikurniakan tanah kerajaan dan lesen pembalakan serta keluasan, jenis dan nombor lot tanah yang dikurniakan masing-masing. Soalan ini dipertanya untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini dan kepentingan orang ramai.
Y.B. Dato' Speaker,
Skudai telah dimaklumkan bahawa 37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007 . Kayu balak dijangka bernilai sejumlah RM 3 hingga 5 billion.
Y.B. Dato' Speaker,
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seluas 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot telah diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta dan 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan untuk tujuan berkenaan.
Y.B. Dato' Speaker,
Aktiviti-aktiviti menjalankan Program Ladang Hutan Getah telah mengakibatkan masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta emusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.
Y.B. Dato' Speaker,
Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau gCentral Forest Spineh (CFS) dengan izinnya, di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun. CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC yang melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi akan memunahkan binatang-binatang liar di kawasan tersebut serta mengakibat banjir dengan skala malapetaka akan berlaku semula pada musim monsun. Malahan kekkurangna sumber air juga akan berlaku di sebaliknya pada musim kemarau..
Y.B. Dato' Speaker,
Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Selanjutnya Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hisupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923. Skudai telah mengunjungi kawasan Hutan Simpanan Labis serta mendapati kerja-kerja menebang hutan simpanan dan menanam pokok-pokok getah di bawah Projek LTC telah dilakukan.
Y.B. Dato' Speaker,
Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), Sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.
Y.B. Dato' Speaker,
Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain. Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.
Y.B. Dato' Speaker,
Oleh itu, untuk kepentingan awam Dewan yang Mulia ini seharusnya memeriksa sama ada pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit telah diwartakan dan Projek lTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri..
Y.B. Dato' Speaker,
Pelaksanaan Projek LTC di Negeri Johor disyaki bercanggah dengan kehendak-kehendak Dasar Perhutanan Negara. Walaupun DEIA diperlukan untuk penebangan hutan lebih daripada 500 hektar, pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia. Oleh itu, Negeri Johor telah kehilangan pensijilan perhutanan yang sah sejak Januari tahun ini .
Y.B. Dato' Speaker,
Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi. Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simapanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.
Y.B. Dato' Speaker,
Pada satu ketika YAB Menteri Besar memperkecilkan orang terpaksa meminumi produk air kencing iaitu New Water. Jika rakyat tidak didahulukan, golongan atasa seterus diperkayakan, pemusnahan hutan simpanan iaitu tadahan air semulajadi dilakukan secara sia-sia, ada satu ketika kelak rakyat Johor terpaksa meminumi New Water, produk air kencing Orang Singapura.
Y.B. Dato' Speaker,
Oleh sebab kepentingan awam terbabit, Skudai telah memohon kepada Y.B. Datuk selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri supaya pemeriksaan terhadap aduan berkenaan dilakukan. Pemeriksaan disyorkan adalah untuk mengenal pastikan sama ada Projek Ladang Hutan Getah adalah secocok dengan peningkatan taraf ekonomi tanpa mengakibatkan kebinasaan alam sekitar tidak terkawal serta mematuhii undang-undang dan dasar kerajaan yang sedia ada.
Y.B. Dato' Speaker,
Pada pandangan Skudai, Jabatan-jabatan Kerajaan yang sepatutnya diarah untuk membuat penjelasan dan pandangan kepada PAC terhadap Projek LTC adalah Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam. Aspek-aspek Pemuliharaan Tanah dan Air, Biodiversiti, impak alam sekitar, pencegahan banjir, industri pengeluaran kayu dan perabot, pembangunan ekonomi seharuanya diperiksa secara terperinci.
Y.B. Dato' Speaker,
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pengerusi PAC telah mengakui beliau mempunyai kepentingan dalam Projek LTC. Kepentingan beliau dalam projek LTC adalah bercanggah dengan tugas beliau sebagai Pengerusi PAC khasnya dalam kes ini. Walaupun Skudai Gam Jim sangat baik dengan beliau,
Skudai mencadangkan sekurang-kurangnya beliau berkecuali dari siasatan terhadap LTC.
Y.B. Dato' Speaker,
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor juga terbabit dalam Projek LTC dan akan menebang Hutan Simpanan Kekal seluas 9,213.68 hektar. Pada hakikatnya, biodiversiti tidak akan dijayakan dengan memusnahkan hutan simpanan kekal untuk tujuan LTC. Di sebaliknya, Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Johor sepatutnya mencadangkan ladang-ladang kelapa sawit ditukar ke Ladang Hutan Getah. Pelaksanaan sedemikian bukan sahaja mengekalkan biodiversiti, tetapi juga akan menjayakan diversifikasi ekonomi.
Satu Malaysia, hak-hak Asasi Manusia dan Kontrak Sosial Baru
